Apabila sesorang manusia itu hanyut dalam dunia kesernokan dan kemewahan,Roh mereka sebenarnya berada dalam keadaan tertekan.Bersikap zuhud terhadap dunia akan membawa kepada kesenangan yang akan diberikan oleh Allah s.w.t kepada hamba yang dikehendaki-Nya.
Allah pernah berfirman:
“Sesungguhnya Kamilah yang mewaris bumi dan segala makhluk yang ada diatasnya”.-Maryam:19:40
Seorang penyair mengatakan:
Air,roti dan rasa aman adalah kenikmatan yang amat besar.Jika aku mengatakan nikmat itu sedikit bererti aku telah kufur tehadap nikmat Tuhan.
Penyair lain pula mengatakan:
Taburkanlah kepadaku mutiara dari atas langit Sarandib dan luapkanlah gumpalan emas dari dalam perigi.Sesungguhnya jika aku hidup bukanlah kerana kekayaan.Jika aku mati bukan kerana aku perlu dengan kubur.Cita-citaku seteguh tekad seorang Raja,jiwaku bebas tanpa kekafiran.Apabila aku tidak puas dengan umurku,mengapa aku harus menjunjungi Zaid dan 'Amr.
Begitulah sikap orang yang berpegag teguh kepada prinsip,jujur dalam dakwah dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan dakwah mereka.
Oleh itu,mencari keberkatan dan keredhaan memang penting dalam hidup seseorang manusia.Apa yang telah dikerjakan adalah untuk mencari keberkatan semoga hidup dalam ketenangan jiwa dan setiasa cukup apa yang dimiliki.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan